KESAN PEACE SOIL

Peace Soil, mempunyai pelbagai kesan disebabkan proses oleh kumpulan mikrob. Dengan bahan mentah (Burke, sisa organik) yang lebih berguna, mikrob membolehkan proses fermentasi, iaitu satu kesan yang amat bagus kepada tanah dan tanaman. Sila ambil perhatian bahawa bahan yang bertindakbalas dengan bahan lain dengan kesan positif tidak semestinya akan berfungsi dengan baik secara bersendirian.
1. PROMOSI PEMBENTUKAN STRUKTUR TANAH POROS
2. PENINGKATAN FUNGSI PEMELIHARAAN AIR DALAM TANAH
3. PENYESUAIAN DAN BEKALAN 3 NUTRISI UTAMA
4. RESOLUSI/DETOKSIFIKASI SEBATIAN TOKSIK
5. KEPELBAGAIAN/STABILISASI ASPEK MIKROB TANAH
6. KESAN PENGURANGAN KUMAN YANG MENJADI PENYEBAB PENYAKIT TUMBUHAN
7. ASPEK SAINS BERKAITAN PENINGKATAN TANAH
8. TIADA BAU KURANG MENYENANGKAN
9. PROMOSI RESOLUSI OLEH KESUKARAN BAHAN UNTUK DILARUTKAN

1.      Promosi pembentukan struktur tanah poros

Umumnya zarah dan ruang antara ketulan tanah adalah besar, dan tanah dengan struktur poros dapat menyimpan lebih banyak udara dan air. Selain itu, daya ketelapan dan persekitaran di mana mikroorganisma dalam zarah mampu wujud membuatkan tanah ini subur. Tanah dari struktur poros tidak hanya dibentuk hanya dengan pencampuran bahan-bahan mentah seperti argillite dan pasir. "Humus" (cecair pekat) juga penting. Kerana jumlah humus yang besar dalam Peace Soil amat membantu dalam pembentukan struktur poros tanah.

2.      Peningkatan fungsi pemeliharaan air dalam tanah
  
Walaupun kekurangan air dalam kuantiti yang sedikit, ia membawa pengaruh buruk pada pertumbuhan tanaman. Peace Soil membantu mengurangkan kesan ini dengan proses yang dikenali sebagai fenomena kapilari.
 
a) Dalam meningkatkan kemampuan penyelenggaraan air dalam tanah, pengakisan dan banyak cecair pekat oleh humus dan mikrob membantu mencegah pengeringan dan transpirasi air disebabkan kepanasan.
b) Dengan kata lain, "pengakisan", "struktur poros", dan “cecair pekat" membantu dalam meningkatkan kualiti penyelenggaraan air dalam tanah.

3.      Penyesuaian dan bekalan tiga nutrisi utama

a) Nitrogen (N), Asid Fosfat (P), dan Kalium (K) merupakan tiga nutrisi yang amat diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
b) Oleh disebabkan Peace Soil mengandungi bahan baja kandang, Peace Soil mampu memberi kesan dengan segera.
c) Selain itu, ia menunjukkan pengaruh baja kerana mikrob dalam Peace Soil menguraikan bahan organik dan Burke dalam tanah, juga membekalkan N, P, K yang berlebihan kepada tanaman. Dalam kata lain mikrob boleh dikatakan sebagai empangan yang mengawal bekalan khasiat kepada tanaman.

4.      Resolusi / detoksifikasi sebatian toksik

a) Tanaman juga menghasilkan sebatian toksik sendiri sebagai bahan sampingan, contohnya alkanoid dan fenol dan dikatakan sebagai penghalang pertumbuhan.
b) Apabila bahan-bahan ini terkumpul, pertumbuhan menjadi amat sukar, dan kumpulan mikrob dalam tanah adalah sedikit.
c) Penambahan mikrob berguna mampu mengatasi masalah ini.
d) Ini disebabkan toksin diuraikan dalam tanah kumpulan mikrob yang banyak dan pertumbuhan dapat berjalan lancar.

Oleh kerana mikrob yang mampu menguraikan toksik disertakan dalam Peace Soil, tiada halangan dalam pertumbuhan dan memendekkan masa yang diperlukan untuk tanaman itu mencapai kematangan.

5.      Kepelbagaian / Stabilisasi aspek mikrob tanah

Ada pelbagai kumpulan mikrob dalam tanah:

a)      Walaubagaimanapun, mikrob akan menjadi berkurangan apabila tanah itu digunakan untuk jangka panjang.

b)      Apabila mikrob dalam tanah sedikit, bakteria hawar akan membiak secara banyak, dan tumbuhan akan mudah dijangkiti.

c)      Dalam Peace Soil, mikrob dipilih dengan berhati-hati dengan kuantiti yang besar, dan menstabilkan keadaan tanah.

6.      Kesan pengurangan kuman yang menjadi penyebab penyakit tumbuhan

Mikrob bukanlah agen pencegah penyakit bagi tanaman,tetapi secara tidak langsung menyumbang ke arah itu dengan mengembalikan keseimbangan tanah. Persekitaran yang baik akan membuatkan bakteria penyebab penyakit sukar untuk membiak.(tindakan sebegini juga dikenali “tindakan pengekangan antagonis”)
7.       Sains berkaitan peningkatan tanah

a)      Mengekalkan kandungan kimia dalam tanah dari segi pH, EC (daya pengaliran elektrik) dan sifat baja semulajadi.

b)      Secara umumnya tumbuhan sesuai dalam pH 7 iaitu neutral

c)      Ada cadangan untuk menyertakan sekali tanah pH sebagai sebahagian dari peace soil.

d)      EC menjadi indeks tentang berapa lama baja semuljadi bertahan dalam tanah.

e)      EC adalah tinggi dalam tanah dimana ia menggunakan baja buatan, dan tumbuhan hanya ditanam pada tanah yang mempunyai EC lebih dari 1(berlainan mengikut jenis tanah).Ada pendapat mengatakan 0.3~0.7 juga boleh diterima.

f)        Kumpulan mikrob berguna dalam peace soil menggunakan garam yang terkumpul dan mampu menggandakannya. Tambahan lagi ia juga mampu menyerap garam terkumpul pada humus dan efektif dalm mengawal nilai EC.

g)      Ia bagus untuk menyimpan kandungan baja semulajadi dan mengekalkan sifat baja itu. Ia menyerap garam dan zat kepada humus dan membekalkan kembali kepada tanaman. Ia menguraikan bahan organik dan mengekalkan kualiti tanah itu.

8.      Tiada bau kurang menyenangkan

Sifat ini merupakan satu lagi kelebihan bagi peace soil. Dalam kompos burke yang dihasilkan melalui proses fermentasi semulajadi, tiada bakteria ditambah. Ia dipeket dan dihantar ke kawasan tanaman dan agak berbau dalam semua proses itu. Peace soil pula mempunyai bakteria pemulih bau di antara mikrobnya dan menghilangkan bau itu. Fungsi ini ditambah lagi dengan kehadiran humus yang juga mempunyai kebolehan menyahbau.

9.      Promosi resolusi oleh kesukaran bahan untuk dilarutkan

a) Burke yang merupakan bahan dalam peace soil mengandungi toksik dan fiber kuat sayuran dan agak susah untuk diuraikan.

b) Jangkamasa fermentasi selama 3 tahun diperlukan untuk bekalan burke selama 6 bulan untuk tujuan ini.

c) Seperti kandungan toksik dalam burke, mikrob berguna menguraikannya dalam peace soil, dan fiber yang kuat itu tadi diuraikan oleh actinomis. Dengan bahan ini, lignin juga dapat diubah kepada humus. Kesannya burke adalah mudah untuk diuraikan dan humus dapat dihasilkan dalam kuantiti yang besar.